Ekonomi
Ekonomi Filipina
Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya, yang diperkenalkan kira-kira 2.000 tahun lalu oleh suku Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao dan berada di ketinggian 5.000 kaki dpl. Luasnya mencakup 4.000 mil² serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan pupuk. Ia dinyatakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO (Badan PBB untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan, dan Kebudayaan) pada tahun 1995.
Pada 1998 ekonomi Filipina, sebuah campuran dari pertanian, industri ringan, dan jasa pendukung; mengalami kemunduran sebagai akibat dari krisis finansial Asia dan cuaca yang buruk. Pertumbuhan jatuh ke 0,6% pada 1998 dari 5% pada 1997, tetapi kembali ke sekitar 3% pada 1999, dan 4% pada 2000. Pemerintah telah menjanjikan untuk terus mereformasi eknominya untuk membantu Filipina setanding dengan perkembangan negara industri Asia Timur. Hutang besar (“public debt” sekitar 77% dari PDB), menghambat perbaikan situasi ekonomi. Alokasi dana untuk hutang lebih tinggi dari pada untuk Departemen Pendidikan dan militer digabungkan.
Strategi yang dilakukan termasuk peningkatan infrastruktur, merombak sistem pajak untuk menambah pendapatan pemerintah, juga deregulasi dan penswastaan ekonomi, dan meningkatkan integrasi perdagangan di wilayah sekitar. Prospek masa depan sangat tergantung dari performa ekonomi dari dua partner dagang utama, Amerika Serikat dan Jepang, dan administrasi yang lebih terpercaya dan kebijakan pemerintah yang konsisten.
Filipina merupakan anggota dari Bank Pengembangan Asia.
Sektor-sektor ekonomi Filipina yang penting termasuk pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli yang baru-baru ini ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.
Sejarah
Sejak keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Pada sepanjang tempoh itu, Filipina berubah daripada merupakan salah sebuah negara yang terkaya di Asia (selepas Jepun) menjadi salah sebuah negara yang termiskin. Pertumbuhan sebaik sahaja selepas perang amat pesat, tetapi kemudian menjadi lambat dengan berlalunya masa. Suatu kemelesetan pada tahun 1984-85 memperlihatkan ekonomi mengecut melebihi 10% dan tanggapan-tanggapan ketakstabilan politik semasa pentadbiran Aquino memudarkan lagi kegiatan ekonomi. Semasa pentadbirannya, Presiden Fidel V. Ramos memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi yang direka bentuk semata-mata untuk mendorong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan asing. Oleh itu, Filipina memperlihatkan suatu tempoh pertumbuhan terjamin yang pesat, akan tetapi Krisis Kewangan Asia yang tercetus pada tahun 1997 melembapkan pembangunan ekonomi sekali lagi di Filipina. Pada tahun 1998, ekonomi Filipina merosot, akibat kesan Krisis Kewangan Asia serta keadaan-keadaan cuaca yang buruk. Pertumbuhan jatuh sehingga -0.5% pada tahun 1998 daripada 5% pada tahun 1997, tetapi berpulih kepada 2.9% menjelang tahun 1999. Presiden Joseph Estrada mencuba menentang langkah-langkah yang bersifat perlindungan, dengan usaha-usaha untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos mencapai kemajuan yang ketara. Suatu kegagalan bank yang utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Pentadbiran Filipina terkini di bawah Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sedang mengajukan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Pada tahun 2004, ekonomi Filipina bertumbuh sebanyak 6.1% dan mengatasi kebanyakan anggaran para penganalisis serta juga anggaran kerajaan. Pada tahun 2005, peso Filipina mencapai kadar kenaikan nilai sebanyak 6%, suatu kenaikan yang paling cepat di wilayah Asia pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kedatangan harga-harga minyak yang tinggi memudarkan anggaran-anggaran pertumbuhan kerajaan pada tahun yang sama dan tahun 2005 berakhir dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak hanya 5.1%. Semasa tahun 2006, ekonomi Filipina mencapai pertumbuhan 5.4% selepas dipudarkan oleh dua buah taufan yang mengakibatkan kemusnahan teruk pada sektor pertanian. Kerajaan Filipina merancang untuk memperkukuh infrasktrutur negara dengan kenaikan perbelanjaan sebanyak sepuluh kali pada tahun 2007, dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi tercepat sebanyak 7% pada tahun 2007, 8% pada tahun 2008, dan 9% pada tahun 2009. [6].
Sejak Februari 2007, pasaran saham Filipina kini berhampiran peringkat yang tertinggi, dan mata wang peso telah naik nilainya sehingga 48.07 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.
Walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan.
Angka-angka 2006
Pada tahun 2006, ekonomi Filipina berkembang pada kadar 5.4%, suatu kadar yang lebih cepat berbanding kadar tahun sebelumnya. Kerajaan Filipina merancang untuk menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 7% pada tahun 2007, walalupun unjuran rasmi adalah pada sekitar 6.1%-6.7%. Ia juga bertujuan untuk menumbuhkan ekonomi sebanyak 9% pada tahun 2009 sebagai sebahagian sasaran terunjur kerajaan melalui penambahan pelaburan awam untuk menarik modal asing serta juga untuk memperbaik negara. [1].
Arah aliran makro ekonomi
Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negara Kasar Filipina pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Semua angka adalah dalam juta peso Filipina, dengan satu peso sama dengan AS$0.78.
| Tahun | KDNK | Pertukaran Dolar Amerika Syarikat |
|---|---|---|
| 1980 | 243,749 | 7.51 peso |
| 1985 | 571,883 | 18.60 peso |
| 1990 | 1,074,510 | 24.32 peso |
| 1995 | 1,905,951 | 25.23 peso |
| 2000 | 3,354,727 | 44.19 peso |
| 2005 | 5,379,251 | 55.08 peso |
| 2006 | 6,048,297 | 49.28 peso |
Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 11.91 peso sahaja.
Sektor
Sawah merupakan suatu pemandangan yang biasa di Filipina, dengan beras merupakan eksport pertaniannya yang terbesar.
Pengeluaran perindustrian tertumpu kepada operasi-operasi pemprosesan dan pemasangan seperti yang berikut: makanan, minuman, tembakau, keluaran-keluaran getah, tekstil, pakaian dan kasut, bahan farmaseutik, cat, papan lapis dan venir, kertas dan keluaran kertas, perkakas kecil, serta elektronik. Industri-industri yang lebih berat dikuasai oleh pengeluaran simen, kaca, bahan kimia perindustrian, baja, besi dan keluli, serta keluaran petroleum tertapis.
Sektor perindustrian tertumpu di kawasan-kawasan bandar, khususnya di kawasan metropolitan Manila dan hanya mempunyai hubungan-hubungan yang lemah dengan ekonomi luar bandar. Infrastruktur, pengangkutan, dan komunikasi yang tidak sempurna telah menghalang pertumbuhan perindustrian yang lebih cepat setakat ini.
Pertanian
Filipina kini merupakan tuan rumah untuk Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) yang mengkaji kelainan-kelainan padi berhasil tinggi. Ia telah memainkan peranan yang utama dalam Revolusi Hijau dan dapat menambahkan hasil padi dan pengeluaran beras semasa dekad 1970-an. [2]
Kereta
Sistem Brek Cegah Kunci (ABS) yang digunakan oleh kereta-kereta Mercedes-Benz, BMW, dan Volvo dibuat di Filipina. Dengan ihsan Syarikat Motor Ford, tahun 2005 merupakan tahun pertama yang negara Filipina mengeksport kereta pada jumlah yang besar,
Elektronik
Intel telah berada di Filipina selama 28 tahun sebagai pengeluar utama keluaran-keluaran termaju Intel, termasuk pemproses Pentium 4. Sebuah kilang Texas Instruments di Baguio telah beroperasi selama 20 tahun dan merupakan pengeluar terbesar cip DSP di dunia. [3]. Kilang Texas Instruments di Baguio mengeluarkan kesemua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Nokia, serta 80% daripada semua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Ericsson di dunia. Sehingga tahun 2005, komputer riba Toshiba dikeluarkan di Santa Rosa, Laguna, tetapi tumpuan kilang tersebut pada masa ini ialah pengeluaran cakera keras.
Perisian
Salah satu syarikat perisian yang ditubuhkan di Filipina ialah Trend Micro, pembuat perisian anti virus dengan PC-Cillin sebagai keluaran utamanya. Syarikat itu berpusat di Bandaraya Eastwood, Libis, Bandaraya Quezon.
Sebahagian besar daripada sepuluh syarikat sumber luar proses perniagaan yang terbesar di Amerika Syarikat beroperasi di Filipina. Jumlah pekerjaan dalam industri ini bertumbuh sehingga 100,000, dengan jumlah hasilnya mencapai AS$960 juta pada tahun 2005.
Pelombongan
Filipina kaya dengan galian-galian serta sumber-sumber tenaga terma. Ia mengeluarkan elektrik berasaskan sumber geoterma sebanyak 1931 MW (27% daripada pengeluaran elektrik), dan merupakan pengeluar elektrik geoterma yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. [7] Penemuan simpanan gas asli baru-baru ini di Medan Malampaya, berhampiran dengan pulau Palawan, telah dipergunakan oleh tiga buah loji berkuasa gas untuk menjanakan elektrik.
Lapisan-lapisan emas, nikel, tembaga, dan kromit adalah antara lapisan-lapisan terbesar di dunia. Galian-galiannya yang lain termasuk logam perak, batu arang, gipsum, dan sulfur. Filipina juga mempunyai mendapan-mendapan tanah liat, batu kapur, marmar, silika, dan fosfat. Lebih kurang 60% daripada jumlah pengeluaran pelombongan terdiri daripada galian-galian bukan logam yang memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan pengeluaran yang tetap antara tahun 1993 hingga tahun 1998, dengan nilai pengeluaran bertumbuh sebanyak 58%. Bagaimanapun pada tahun 1999, pengeluaran galian merosot sebanyak 16% sehingga AS$793 juta. Eksport galian umumnya telah menjadi lembap sejak tahun 1996. Berpuncakan katod tembaga, eksport galian Filipina yang bernilai AS$650 juta pada tahun 2000 hampir tidak mencapai tingkat tahun 1999. Harga logam yang rendah, kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan pelaburan dalam infrastruktur, serta cabaran terhadap sebuah undang-undang pelombongan yang baru telah mengakibatkan kemerosotan industri pelombongan pada seluruhannya.
Industri pelombongan Filipina berbalik mulai dari akhir tahun 2004 ketika Mahkamah Agung memutuskan bahawa sebuah undang-undang yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya syarikat-syarikat pelombongan Filipina adalah sah di sisi perlembagaan.
Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi (DENR) tidak berupaya menangani minat pelombongan yang baru. Adanya beberapa syarikat di bawah Pelombongan Skala Kecil (SSM) yang sepatutnya dikelaskan dan dicukai di bawah undang-undang pelombongan skala besar. DENR kini sedang mengambil masa untuk memaklumkan syarikat-syarikat tersebut bahawa mereka telah mencabuli undang-undang SSM dengan melombong melebihi 50,000 tan bijih setiap tahun.
DENR masih belum meluluskan pindaan Perintah Pentadbiran Jabatan (DAO) yang akan membekalkan Peraturan Pelaksanaan untuk Perjanjian Bantuan Teknik (FTAA), bahagian khusus Akta Pelombongan 1994 yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya lombong-lombong Filipina. DAO 99-56 terkini adalah tidak sempurna kerana ia mengelirukan serta terdedah kepada penyalahgunaan.
Pengangkutan
Rencana utama: Pengangkutan di Filipina
Penduduk-penduduk Filipina menggunakan kereta, kapal, kapal terbang, kereta api, basikal tiga roda, dan sebagainya untuk pengangkutan.
Statistik
Stesen kuasa geoterma di Negros Oriental.
- KDNK: pariti kuasa beli – $430.6 bilion (anggaran 2004)
- KDNK – kadar pertumbuhan sebenar: 6.1% (anggaran 2004)
- KDNK – per kapita: parti kuasa beli – $5,100 (anggaran 2005)
- KDNK – kandungan mengikut sektor:
- pertanian: 14.5%
- industri: 32.3%
- perkhidmatan: 53.2% (anggaran 2003)
- Jumlah penduduk di bawah garis kemiskinan: 24.7% (anggaran 2003)
- Pendapatan atau penggunaan isi rumah mengikut bahagian peratusan:
- 10% terendah: 1.7%
- 10% tertinggi: 38.4% (2000)
- Kadar inflasi (harga pengguna): 3.9% (Januari 2007)
- Tenaga buruh: 34.56 juta (2003)
- Tenaga buruh mengikut pekerjaan: (anggaran 2003)
- pertanian: 45%
- industri: 15%
- perkhidmatan: 40%
- Kadar pengangguran: 7.3% (Oktober 2006)
- Belanjawan:
- hasil: $11.56 bilion
- perbelanjaan: $15.25 bilion, termasuk perbelanjaan modal sebanyak $2.4 juta (2003)
- Industri: tekstil, bahan farmaseutik, bahan kimia, keluaran kayu, pemprosesan makanan, pemasangan elektronik, penapisan petroleum, perikanan
- Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian: -0.1% (anggaran 2003)
- Pengeluaran elektrik: 45,21 GWh (2001)
- Pengeluaran elektrik mengikut sumber:
- bahan api fosil: 70.12%
- hidro: 10.75%
- nuklear: 0%
- geoterma: 19.13% (1998)
- Elektrik – penggunaan: 42,040 GWh (2001)
- Elektrik – eksport: 0 kWh (2001)
- Elektrik – import: 0 kWh (2001)
- Pertanian – keluaran: beras, kelapa (kopra), jagung, tebu, pisangs, nanas, mangga; daging babi, telur, daging lebuh; ikan
- Eksport: $3.681 bilion (2006)
- Komoditi eksport: pelengkapan elektronik, jentera dan pelengkapan pengangkutan, pakaian, keluaran kelapa, bahan kimia
- Eksport – rakan-rakan: Amerika Syarikat 20.1%, Jepun 15.9%, Hong Kong 8.5%, Belanda 8.1%, Taiwan 6.9%, Malaysia 6.8%, Singapura 6.7%, China 5.9% (2003)
- Import: $4.508 bilion (2006)
- Import – komoditi: bahan mentah dan barang perantaraan, barang modal, barang pengguna, bahan api
- Import – rakan-rakan: Jepun 20.4%, Amerika Syarikat 19.8%, Singapura 6.8%, Korea Selatan 6.4%, Taiwan 5%, China 4.8%, Hong Kong 4.3% (2003)
- Hutang – luar: $56.16 bilion (2003)
- Bantuan ekonomi – penerima: tanggungan ODA, $1.2 bilion (2002)
- Mata wang: 1 peso Filipina (P) = 100 centavos
- Kadar pertukaran: Peso Filipina (P) per AS$1 = 49.28 (2006), 53.10 (2005), 56.052 (2004), 54.203 (2003), 40.427 (Januari 2000), 39.089 (1999), 40.893 (1998), 29.471 (1997), 26.216 (1996), 25.714 (1995)
- Tahan fiskal: Tahun takwim.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed